Isnin, 10 Oktober 2011

aku mencari diriku...

Aku manusia biasa yang kadang-kala tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa. kadang-kala aku juga masih hanyut dengan nikmatnya dunia namun aku masih lagi ingat di mana asal-usulku dan tujuan aku dihidupkan di muka bumi ini..

Aku dulunya seorang gadis yang tiada bezanya dari kebanyakan gadis, berseluar jeans, ber t-shirt biasa dan bertudung bawal. Tetapi kini aku bersyukur kepada Allah yang telah menunjukkan jalan yang sebenarnya untuk aku ikuti. Aku bukan lah ingin digelarkan alim, warak atau segala macam perkataan lagi kerana aku telah berubah ke arah yang lebih baik dengan bertudung labuh.

Memang benar, tudung labuh bukanlah pengukur keimanan seseorang namun dengan tudung labuhkulah aku mencari keredhaan Allah. Aku belajar menjadi lebih malu untuk menjadi dan kembali seperti dulu.

Dahulunya aku selalu tertanya-tanya dan berteka teki sendiri, mengapa mesti ada yang bertudung labuh? tidak panaskah dieorang? Kalau tak bertudung labuh, tidak baikkah kami?
pelbagai persoalan lagi yang timbul di benak fikiran. Namun apabila diri sendiri sudah merasai, betapa nikmatnya bertudung labuh, timbul satu perasaan aman, selamat dan terpelihara. 

Sesunggunya  Al-Quran dan As-Sunnah itu panduan bagi manusia. Benarlah apa yang tertulis dalam Al-Quran, dalam firman Allah yang bermaksud:


"...Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya..."  
(An-Nur:31)  


Sungguh menenangkan apabila hidup berpandukan syariat. Aku masih lagi manusia yang belajar unutk menjadi lebih baik, walaupun aku tak sempurna, namun aku pasti, setiap orang masih lagai ada peluang untuk berubah ke arah yang lebih baik.. 


Sekian, coretan hati seorang hamba yang mencari dirinya sendiri..

3 ulasan: