Jumaat, 26 Ogos 2011

Kampung halaman..

Kolej dh mula sunyi. Hari nie ramai bdk2 kampus aku dh balik, terasa gak di hati yg aku pun nk balik. Tp nk wat cmnekan, aku terpakse lah rehda yg aku terpakse balik esok hari bersamaan 27 Ramadhan. Sungguh cepat Ramadhan berlalu, aku rase tak puas melalui bulan ini. Bulan yg penuh barakah lg nikmat ini. Bulan tarbiah bg umat Islam. Bulan yg teramat istimewa bg umat Islam. Di bulan inilah, Nabi Muhammad telah berjaya menewaskan musuh Islam dlm perang Badar. Selain itu, bnyk lg siri peperangan yg berlaku dlm bulan Ramadhan ini. Betapa hebatnya Allah ciptakan bulan Ramadhan ini!! pernah terfikirkah kita?

Hari nie dh 27 Ramadhan, bagaimana dengan puase kita? masih cukup lg kah, atau sudah berkurang??
Selaku umat Islam, kita seharusnya merebut peluang  10 mlm yg terakhir ni utk meningkatkan amalan. Di mlm 10 yg terakhir nie lh akan ada 1 mlm yg lebih baik dr seribu bulan, mlm lailatul qadar. Beruntunglh sesiapa yg dpt menemuinya seperti dalam firman Allah:

   "Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam al-Qadar. Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadr itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun para malaikat dan roh (Jibril) dengan izin tuhanya mengatur segala urusan. Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar."

Pernah terfikirkah kita sejenak, kita berebut-rebut peluang utk pulang awl sehinggakan tiket bus sudah habes dari awl Ramadhan lg. Kenapa pula kita tidak berebut-rebut peluang untuk bertemu dgn mlm lailatu qadar yg Allah telah janjikan lebih baik dari seribu bulan?

kembali bercerita mlm lailatu qadar ini, aku teringat akan satu ceramah ustaz di kampus aku, sedang kita sibuk berebut nk balik, rupa2nya mlm itu, Allah nk beri rahmat kat kita melalui malaikat Jibril, sedang Malaikat dok sibuk teropong kita nk bg hadiah dr Allah, rupa2nya kita dalam bus sibuk nk balik raya, waktu itu, malaikat terus xjd bg, alangkah ruginya kita..

Oleh itu,  dengan saki baki Ramadhan yg ada nie, marilah kita merebut pelung utk meningkatkan amalan lg, peringatan dan nasihat untuk diri nie juga.

Di kesempatan ini gak, aku nk ucpkan lh selamat pulang ke kampung dan selamat hari raya.
raya2 gak, exam dh nk dekat, jgn lupa study sekali..
Aku pn nk mintk ampun dh maaf , dunia akhirat klo aku de terguris hati sesiapa secara sedar atau pn tak, aku hanya manusia biase, same sahaje tiada beza.. moga2 setiap hari adalah lebih baik dari hari yg sebelumnya dan semoga segala amalan kita sepanjang ramadhan ini, diterima Alllah.. InsyaAllah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan