Jumaat, 27 Januari 2012

Senyum kembali

Tajuk blog aku kali ini, sungguh tiada kena mengena dengan kisah yang aku bakal nak cerita.
Seindah hari ini, seindah juga kehidupan kita sebagai manusia. Ada pelbagai cerita menarik dalam hidup ini, adakalanya kita menangis, adakalanya kita ketawa dan ada kalanya kita rasa seperti hendak berputus-asa terhadap segala yang menimpa kita. Tapi itulah nikmat kehidupan yang sebenar. Hidup tanpa ujian pun tidak menarik dan hidup tanpa kegembiraan juga tidak menarik. bersyukurlah kita kerana kita masih lagi diberi nikmat kehidupan yang baik sedangkan insan lain, yang tidak berada di tempat kita merasa pelbagai lagi ujian dan kesengsaraan.

Aku juga insan biasa, terkadang-kala aku juga seperti mahu berputus-asa dengan ujian hidup ini, akan tetapi aku terkenang akan nasib-nasib insan atau remaja yang seusiaku yang kehidupannya lebih teruk dariku. Sepatutnya, aku bersyukur kerana amat sedikit ujian yang aku terima berbanding remaja Islam lain di dunia ini. Aku menjadi bersemangat kembali mengenangkan betapa bertuahnya aku hidup di muka bumi ini. Aku masih ada lagi ibu ayah, sahabat-sahabat, keluarga dan negara serta rumah untuk berteduh, bagaimana pula sekiranya aku meletakkan diriku dengan remaja di Palestin, berdepan dengan ancaman ketakutan setiap masa, sehinggakan ingin beribadat pun dalam keadaan yang tidak selesa.