Ahad, 18 Disember 2011

Ujian penghapus dosa

Lama rasanya sudah tak up date blog, macam-macam perkongsian yang ingin dikongsikan. Kehidupan merupakan satu ujian yang terhebat bagi seorang manusia. Semakin seorang insan mendekati kebaikan, semakinlah banyak ujian yang bakal menanti seperti dalam firman Allah dalam surah Al-Ankabut:

 "Apakah kamu mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan bahawa aku telah beriman," dan sedangkan mereka tidak diuji? Dan sessungguhnya, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka pasti Allah mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang berdusta. 
Surah Al-Ankabut:2-3

Setiap manusia pasti akan menerima segala ujian, tetapi ujian yang terberat adalah ujian hati. Bukanlah ujian hati itu tertakluk kepada percintaan semta-mata, tapi ujian hati juga terjadi apabila kita mengalami percintaan, kegembiraan, kekecewaaan, kesedihan, dan pelbagi lagi ujian hati. Namun pernahkah kita sedar bahawa setiap ujian dan permasalahan kadang-kala merubah kita menjadi insan yang lebih baik? Mungkin sahaja kita tidak sedar akan hakitat itu. Sentiasalah yakin akan Allah kerana setiap ujian yang menimpa tidak lain hanyalah untuk menjadikan kita kuat dan menjadi manusia yang lebih baik dari sebelum itu..