Lama rasanya sudah tak up date blog, macam-macam perkongsian yang ingin dikongsikan. Kehidupan merupakan satu ujian yang terhebat bagi seorang manusia. Semakin seorang insan mendekati kebaikan, semakinlah banyak ujian yang bakal menanti seperti dalam firman Allah dalam surah Al-Ankabut:
Apabila kita merasakan lemah dan bagi tidak mampu untuk meneruskan kehidupan ini, berdoalah pada Allah. InsyaAllah, Allah akan membantu kita,memberi kekuatan dan jalan penyelesaian. Sekali pun masalah itu tidak dapat diselesaikan, sekurang-kurangnya itu adalah kifarah dosa terhadap kita seperti dalam sabda nabi:
"Apakah kamu mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan bahawa aku telah beriman," dan sedangkan mereka tidak diuji? Dan sessungguhnya, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka pasti Allah mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang berdusta.
Surah Al-Ankabut:2-3
Setiap manusia pasti akan menerima segala ujian, tetapi ujian yang terberat adalah ujian hati. Bukanlah ujian hati itu tertakluk kepada percintaan semta-mata, tapi ujian hati juga terjadi apabila kita mengalami percintaan, kegembiraan, kekecewaaan, kesedihan, dan pelbagi lagi ujian hati. Namun pernahkah kita sedar bahawa setiap ujian dan permasalahan kadang-kala merubah kita menjadi insan yang lebih baik? Mungkin sahaja kita tidak sedar akan hakitat itu. Sentiasalah yakin akan Allah kerana setiap ujian yang menimpa tidak lain hanyalah untuk menjadikan kita kuat dan menjadi manusia yang lebih baik dari sebelum itu..
Apabila kita merasakan lemah dan bagi tidak mampu untuk meneruskan kehidupan ini, berdoalah pada Allah. InsyaAllah, Allah akan membantu kita,memberi kekuatan dan jalan penyelesaian. Sekali pun masalah itu tidak dapat diselesaikan, sekurang-kurangnya itu adalah kifarah dosa terhadap kita seperti dalam sabda nabi:
Daripada Abu Said al-Khundi r.a dan Abu Hrurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Tidak Menimpa seseorang Mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya".
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Oleh yang demikian, kita janganlah terlalu bersedih dengan setiap ujian yang menimpa kita kerana sesungguhnya ujian adalah tanda yang Allah menyayangi kita dan mengambil berat akan kita. Redhalah dengan segala ujian yang berlaku. Sekian..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan