Sudah lama rasanya tidak menulis blog kembali. Malu rasanya tarkala, orang lain sibuk dengan kehidupan masing-masing tapi masih mampu untuk menulis blog untuk berkongsi ilmu dan bahan bacaan yang ada. Kali ini, aku nak sharelah sikit pasal cerita yang aku baca. Tajuknya " Umar Al-Khatab Benci Pembaziran".
Pada zaman Amirul Mukminin Saidina Umar Al-Khatab, telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenajung Tanah Arab. Kejadian ini telah berlaku selama sembilan bulan dan Saidina Umar Al-Khatab telah bersusah payah mengatasi kesusahan rakyat sehinggakan Ibn al-Tabari meriwayatkan bahawa pada tahun berkenan Saidina Umar Al-Khatab tidak makan makanan lemak haiwan, susu dan dan daging sehinggakan orang ramai dapat memakannya.
Barangan makanan di pasar telah berkurang sehinggakan pada suatu hari pekerjanya dapat membelikannya lemak dan susu, namun dengan harga yang yang agak tinggi. Saidina Umar tidak ingin memakannya bahkan berkata "Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal. Sedekahkanlah kedua-duanya. Aku benci pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenai aku napa yang mengenai mereka." ( Al-Tabrani, 2/358, Beirut: Daral-Fikr)
Ada juga dikata pada suatu hari dalam tahun berkenan, disembelih unta lalu dimasak dan diberikan kepada kepada orang ramai. Lalu dicedok itu bahagian belakang unta dan hatinya, lalu Saidina Umar bertanya, "Dari mana diperoleh ini?".
"Daripada unta yang kita sembelih hari ini".
Berkata Saidina Umar, "Oh alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa". (Ibn Sa'd al-Tabaqat al-Kubra, 3/31, Beirut: Dar Sadir).
(Dipetik daripada tulisan Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin dalam kolumnya. "Tegas Bernas" dalam majalaah i, Oktober 2008).
Nota: Setiap dari kita adalah pemimpin dan setiap apa yang dipimpim bakal dipertanggungjawabkan.. Semoga setiap dari kita adalah pemimpin yang mampu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan cemerlang dan sebaik mungkin dan semoga lahirlah ramai lagi pemimpin-pemimpin seperti nabi Muhamad S.A.W dan para sahabat baginda.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan