Tajuk blog aku kali ini, sungguh tiada kena mengena dengan kisah yang aku bakal nak cerita.
Seindah hari ini, seindah juga kehidupan kita sebagai manusia. Ada pelbagai cerita menarik dalam hidup ini, adakalanya kita menangis, adakalanya kita ketawa dan ada kalanya kita rasa seperti hendak berputus-asa terhadap segala yang menimpa kita. Tapi itulah nikmat kehidupan yang sebenar. Hidup tanpa ujian pun tidak menarik dan hidup tanpa kegembiraan juga tidak menarik. bersyukurlah kita kerana kita masih lagi diberi nikmat kehidupan yang baik sedangkan insan lain, yang tidak berada di tempat kita merasa pelbagai lagi ujian dan kesengsaraan.
Aku juga insan biasa, terkadang-kala aku juga seperti mahu berputus-asa dengan ujian hidup ini, akan tetapi aku terkenang akan nasib-nasib insan atau remaja yang seusiaku yang kehidupannya lebih teruk dariku. Sepatutnya, aku bersyukur kerana amat sedikit ujian yang aku terima berbanding remaja Islam lain di dunia ini. Aku menjadi bersemangat kembali mengenangkan betapa bertuahnya aku hidup di muka bumi ini. Aku masih ada lagi ibu ayah, sahabat-sahabat, keluarga dan negara serta rumah untuk berteduh, bagaimana pula sekiranya aku meletakkan diriku dengan remaja di Palestin, berdepan dengan ancaman ketakutan setiap masa, sehinggakan ingin beribadat pun dalam keadaan yang tidak selesa.
Aku seharusnya menghadapi hari-hariku dengan senyuman dan semangat. Semangat seorang remaja Islam yang sayangkan agamanya, bangsanya dan negaranya. Senyumlah meskipun pahit, senyumlah dalam keadaan mahapun duka. Bukankah senyum itu satu sedekah. Itulah perkara yang sampai ke hari ini aku masih lagi belajar, sudah ramai yang menegurku kerana aku seperti orang susah melemparkan senyuman. Walaupun hanya senyuman, kita perlu juga untuk mempelajarinya. Betul tak? =) Rasa cemburu pula pada seorang sahabatku yang pada mulanya dia ditegur kerana tidak melemparkan senyuman semasa meeting, tetapi alhamdulillah kini, dia telah berubah dan reti untuk melemparkan senyuman, sedang aku masih lagi tidak berjaya mengubah diriku.
Ku mohon agar Allah mengurniakan senyuman di wajahku seperti senyuman sahabat-sahabatku. Amin..
Senyuman Rasulullah

Rasulullah Shallahu ‘alaihi wa Sallam dalam suatu kesempatan pernah bersabda,”Tersenyum ketika bertemu dengan saudara kalian adalah termasuk ibadah”.
(Riwayat At-Tirmidzi, Ibnu Hibban, dan Al-Baihaqi)
"akan tetapi aku terkenang akan nasib-nasib insan atau remaja yang seusiaku yang kehidupannya lebih teruk dariku"
BalasPadamjadi, apa tanggungjawab anda?
Daie yang hebat merupakan daie yang tak lekang memberi senyuman. tak perlu berdoa untuk dikurniakan senyuman kerana untuk senyum, ia adalah pilihan kita sendiri.