Mentari bersinar di lubuk hati
“Assalamualaikum Cik, tumpang tanya, ke mana arah jalan ke masjid?” Tanya sorang wanita bertudung labuh kepada sorang gadis muda di perhentian bus berhampiran dengan rumahku.
Kelihatannya wanita tersebut seperti orang baru di situ. Mungkin juga dia seorang musafir yang mahu ke rumah saudara. Aku teringat kembali kepada masa silamku.
“Emiey bangun! Solat subuh, berapa banyak kali aku nak kejut kau solat subuh ni?” Kata Ashraf, rakan serumahku yang berusaha membangkitkan aku dari lena yang panjang. “ Kau ni bisinglah, macamlah kau ni mak aku. Mak aku pun tak bising-bising suruh aku solat. Kau siapa?” Bentakku kepadanya.
“Terpulang kaulah Emiey, sampai bila engkau nak hidup dalam keadaan macam ni?” Kata Ashraf. “Pergi pagi, balik malam, balik-balik saja mabuk. Aku dah tak tahan dengan hidup kau ni. Cubalah berubah. Ingatlah Allah.” Sambungnya lagi.
Kata-katanya bagaikan jarum menusuk jantungku tapi ada benarnya juga apa yang diperkatakannya.
“Encik-encik mahu naik bus atau tidak?” Lamunanku terhenti di situ apabila pemandu bus menegurku.
Kelihatan bus hari ini penuh dengan penumpang, tidak seperti kebiasaannya. Aku bagaikan sesak nafas dengan bus yang sarat dengan penumpang itu. Sungguh tidak menyelesakan.
“Chilllah bro, hari masih siang lagi, baru pukul berapa?” Kata Amir yang tidak mahu melepaskanku pulang lebih awal. “ Dahlah bro, aku penatlah. Nanti housemate aku bisinglah kalau aku balik lambat lagi”. Kataku kepadanya. Aku sepatutnya bersyukur, tidak sepatutnya aku merasa sesak berasak di dalam bus, sedangkan suatu masa dahulu aku sanggup bersesak dan berasak-asak di kelab-kelab malam hanya untuk
mencari kepuasan diri.
mencari kepuasan diri.
Setelah beberapa minit perjalanan, aku mengambil tempat untuk duduk memandangkan kerusi sudah banyak kosong. “Abang nak ke mana?” Tanya seorang kanak-kanak kepadaku. “Abang nak ke kampus, pergi ke kelas. Adik nak ke mana?” Jawabku dan diiringi dengan pertanyaan pula.
“Saya nak pergi mengaji”. Balas kanak-kanak tersebut. Tersentakku dengan jawapannya. Sungguhnya bertuahnya kanak-kanak ini, sedari kecil lagi sudah mengenal Al-Quran, tidak seperti aku yang lahir dalam keluarga yang hanya mengenal Islam apabila Raya Adililfitri menjelang.
Setelah beberapa minit perjalanan, sampailah aku di tempat yang ingin di tuju. Tiba-tiba, aku terpandang seraut wajah yang telah memberi inspirasiku untuk berubah, Wardah Safiya nama seindah pemiliknya. Seorang gadis manis bertudung labuh dan merupakan timbalan presiden sebauh persatuan Islam di kampusku. Orangnya sederhana tapi penuh dengan kelembutan sorang muslimah. Kata-katanyalah yang telah membangkitkanku untuk berubah dan mengenali cinta yang hakiki. Teringat kembali pada zaman silamku.
“Sayang, jom kita keluar malam ini. I dah lama tak date dengan You.” Kata Julie, kekasihku.
“Jom, I pun dah lama tak keluar dengan You sejak I balik dari UK ni.” Kataku.
Semenjak aku pulang ke tanah air dari bercuti ke United Kingdom, aku tidak berkesempatan untuk keluar bersama-sama dengan Julie, rasa rindu di hati untuk bertemunya lagi. Aku amat mencintainya memandangkan dia adalah wanita pertama yang telah berjaya merebut hatiku ini. Kusangkan panas hingga ke petang tetapi hujan ditengah hari, hubungan cinta yang kumiliki itu tidak kekal kerana Julie sorang wanita yang hanya ingin mendapingiku kerana harta semata-mata.
“Julie, You keluar dengan siapa tadi?” Tanyaku kepada Julie. “I keluar dengan boyfriend baru I.” Balasnya. “ Sampai hati you buat ini macam ni?.” “I nak terus dengan you pun nak buat apa? You bukannya ada duit lagi. Syarikat daddy you pun dah bankrupt. Baik I cari lain.” Tersentakku dengan jawapannya.
Semenjak dari kejadian itu, aku menjadi tidak tentu arah. Bagaikan hilang pedoman dan panduan diri. Aku menjadi sorang yang panas baran. Selalu marah-marah, kaki mabuk dan tidak lagi mempunyai sifat belas kasihan. Sehinggalah aku dipertemukan dengan seorang gadis, Wardah Safiya.
“ Hei, buta ke mata, jalan kita tengok depan. Kau ingat aku ini apa, tiang? Senang-senang je nak Langgar aku.” Kataku dengan nada yang marah kepada seorang gadis. “Maafkan saya encik, saya tidak senggaja. Biar saya tolong kemaskan buku encik.” Katanya. “ Tak payah.” Balasku.
Aku pun dengan tergesa-gesa mengemaskan buku yang terjatuh dan berlalu pergi meninggalkannya di situ. Tiba-Tiba Ashraf menegurku “ Kenapa ni Emiey? Asyik nak marah-marah je. Kesian aku tengok budak tu, dia tidak salah apa-apa pun. Kau yang khayal lalu melanggar dia.” Katanya. “Ye ke aku yang khayal tadi?” Pertanyaanku kepada Ashraf. “Tadi dia betul-betul telah berusaha mengelak dari berlanggar dengan kau. Entah bagaimana, kau pula yang berlanggar dengannya.” Jawab Ashraf.
Sejak dari kejadian itu, aku tercari-cari gadis tersebut untuk meninta maaf dengannya, namun harapanku hampa aku tetap tidak dapat bertemu dengannya. Sudah seminggu aku mencarinya di sekitar kampus UiTm Segamat ini, namun masih tidak ketemu juga. Sehinggalah, aku terjumpa sebuah buku yang bukan milikku. “ Buku siapakah ini?”. Bisik hatiku.
Aku menyelak di heraian buku itu, tiba-tiba aku terjumpa sebuah kertas terselit dicelahan buku tersebut. Di kertas tersebut tertulis perkataan, ‘Forum: Cinta hingga ke Syurga.’ “Ada ke cinta sampai ke syurga? Tak mungkinlah.” Getus hatiku. Aku terus melihat tarikh program tersebut. Rupa-rupanya program itu malam ini.
Aku tertarik untuk menghadiri program tersebut. Jam telah tepat menunjukkan pukul 9 malam. Program dimulakan. Aku tersentap rupa-rupanya pengerusi bagi forum itu adalah gadis yang aku cari hari itu. Dia merupakan timbalan presiden sebuah persatuan Islam di kampusku. Banyak input-input menarik aku pelajari dari forum itu. Inilah kali pertama aku mengikuti program kerohanian ini. Barulah aku ketahui apa itu, ‘Cinta hingga ke syurga’. Kata sorang penal forum tersebut. “Cinta itu fitrah manusia, tiada siapa yang dapat menghalang seseorang daripada jatuh cinta akan tetapi Islam adalah agama yang mengawal cinta daripada tergelincir ke kancah cinta bernafsu dan tidak bermaruah. Dan Islam juga menyalurkan perasaan cinta itu ke saluran yang betul”. Itulah pertama kalinya aku mendengar prasa ayat yang cukup indah.
Betapa jahilnya diriku. Aku tidak pernah mengetahui bahawa Islam telah memberi garis panduan hidup yang cukup indah sekalipun untuk bercinta. Aku amat terkesima dengan satu ayat Al-Quran yang telah dibacakan oleh gadis pengerusi forum tersebut. Ayat 13 surah Ar-Rahman yang bermaksud:
“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”
Dia menjelaskan lagi, “Tidak cukupkah lagi nikmat yang telah Allah berikan sehinggakan kita mampu untuk melakukan dosa di atas muka buminya ini”. “ Tidak malukah kita sehinggakan kita sanggup untuk melakukan zina dan kemaksiatan ?”. “ Allah telah menjadikan lelaki dan perempuan untuk saling melengkapi. Jadi mengapa lagi kita perlu untuk melakukan yang haram? Sedangkan Islam telah memberi satu jalan cinta yang baik iaitu dengan perkahwainan. Dan perkahwinanlah dapat menyelamatkan kita dari kemurkaan Allah cinta kita InsyaAllah hingga ke syurga. Jadi nikmat Allah yang mana ingin kita dustakan?”. Ada benarnya juga apa yang diperkatakannya. Islam agama yang lengkap, Ia mengatur segalanye termasuklah berhubungan lelaki dan perempuan.
Semenjak dari saat itu, banyak pertanyaan berlegar-legar di mindaku. Banyak pula teka-teki yang timbul mengenai siapa diriku dan tujuan hidupku serta siapa yang menciptakanku. Sungguh jahilnya aku.Sedari itu juga, aku berazam untuk mencari siapa aku yang sebenar dan mengapa aku di hidupkan di muka bumi ini serta tujuan dan siapa yang menciptakanku.
Saban hari, aku menjadi kebinggunggan sendiri. Mencari jawapan yang tidak kutemui. Aku mula mengasingkan diri dan menjadi pendiam sehinggakan ke satu tragedi.
“Alhamdulillah, akhirnya Emiey bangun juga.” Kata ibu kepadaku. Aku menjadi binggung dengan keadaanku. Aku sepertinya baru bangun dari lena yang panjang. Rupa-rupanya, kata Ashraf yang turut berada disitu. Aku telah mengalami kecelakaan jalan raya dan telah koma selama sebulan. Ashraf menambah lagi aku ditimpa kemalangan semasa melintas jalan untuk ke masjid.
Dalam keadaan aku tidak sedarkan diri. Aku telah bermimpi bahawa ada sebuah lembaga putih yang tidak aku kenali telah mengajakku ke sebuah tempat yang asing. Pelbagai kejadian aneh telah aku lihat, ada manusia yang dipotong lidahnya, ada juga manusia yang mendidih otaknya dan ada juga manusia yang dibakar hidup-hidup dan pelbagai lagi kejadian aneh, sungguh mengerikan. Aku juga telah ditunjukkan akan kehidupanku selama ini. Aku benar-benar gerun melihat apa yang aku saksikan.
Sedari bangkitnya aku dari koma yang lama. Aku meminta Ashraf untuk mengajarku sujud syukur. Aku bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk hidup kembali. Pelbagai cerita mengenai aku telah aku dengari. Menurut ibu, aku telah dilanggar oleh sebuah lori balak yang melalui jalan itu, aku telah disahkan patah tangan dan paru-paru sebelah kananku telah hancur. Aku juga telah mengalami pendarahan dalaman yang cukup serious sehinggakan doktor memberitahu peluang untuk aku meneruskan hidup adalah tipis.
Mujur Alhamdulillah, dengan kuasa Allah, aku masih lagi diberi peluang untuk meneruskan kehidupan ini lagi. Mencari hidayah Allah dan menjadi manusia yang lebih baik.
Walaupun malam gelap gelita, mentari masih tetap ada untuk menyinari hari. Seperti mana kini mentari menyinari lubuk hatiku yang hitam. Siapa sangka aku kini mampu untuk berubah kearah yang lebih baik.
“Assalamualikum Encik.” Tiba-tiba aku disapa oleh sorang gadis. Wardah Safiya rupa-rupanya.
“Wa’alaikumsalam, ye Cik, boleh saya bantu?.” Soalku. “ Beg dompet encik terjatuh tadi semasa turun dari bas.” Katanya. “Terima kasih atas segalanya Wardah Safiya.” “Bagaimana encik tahu nama saya?” Soal dengan kebinggungan. “Saya tahu nama cik dari kad matrik cik yang cik pakai itu”. “Oh, begitu,sekiranya tiada apa-apa lagi, saya mohon untuk mengundur diri ke kelas sekarang! Asslamualaikum.”
“Wa’alaikumsalam.” Balasku. Dari hanya sebuah forum, kita aku telah mengenal erti cinta yang sebenar, bukanlah cinta itu semata-mata cinta kepada manusia akan tetapi cinta kepada Allah adalah yang lebih agung dan hakiki.Kerana cinta juga aku merana akan tetapi kerana cinta jugalah aku mengenal pencipta.Akhirnya, Hidayah Allah telah sampai ke libuk hatiku bak mentari bersinar di lubuk hati. Kini aku telah menjadi manusia yang lebih terbuka dan dapat melihat cahaya keindahan Islam. Terima Kasih Ya Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan