Lega rasenya dpt pulang ke rumah akhirnya. Walaupun sudah hampir seminggu berada di rumah, bagaikan baru semalam pulang ke rumah. Bahgianya dapat melihat kembali wajah ibunda dan ayahanda yang tersayang.
Bagaikan segala rindu terubat apabila kepulangan ku disambut dengan senyuman..
Ibuku, Puan Norizah Abu Bakar dan ayahku, Encik Jahari Jurimi merupakan orang2 yang paling berjasa dalam hidupku.. Selamanya tidak akan dapatku balas jasa mereka berdua. Kerana tingginya jasa ibu bapa terhadap kita sebagai anak2, hinggakan terdapatlah pepatah melayu yang menyatakan :
"Kasih ayah sepanjang hayat, kasih ibu membawa ke syurga."
Betapa besarnya pengorbanan mereka terhadap kita. Hargailah mereka sementara mereka masih ada. (Ingatan kapada diri ini juga). Merekalah di antara insan2 yang patut kita hormati, dalam firman Allah juga banyak merakamkan kewajipan kita untuk menghormati ibu dan ayah kita.
Ini dirakamkan dalam salah satu ayat kesukaanku, firman Allah yang bermaksud:
"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kapada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Ku lah kembalimu."
(Surah Luqman:14)
Oleh itu, menghormati ibu bapa adalah kewajipan setiap anak selagi mana setiap perintah ibu bapa itu tu tidak melanggar hukum, syariat dan perintah Allah.
Semoga kita semua tergolong dalam kalangan anak-anak yang soleh dan solehah.=)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan