Jumaat, 27 Januari 2012

Senyum kembali

Tajuk blog aku kali ini, sungguh tiada kena mengena dengan kisah yang aku bakal nak cerita.
Seindah hari ini, seindah juga kehidupan kita sebagai manusia. Ada pelbagai cerita menarik dalam hidup ini, adakalanya kita menangis, adakalanya kita ketawa dan ada kalanya kita rasa seperti hendak berputus-asa terhadap segala yang menimpa kita. Tapi itulah nikmat kehidupan yang sebenar. Hidup tanpa ujian pun tidak menarik dan hidup tanpa kegembiraan juga tidak menarik. bersyukurlah kita kerana kita masih lagi diberi nikmat kehidupan yang baik sedangkan insan lain, yang tidak berada di tempat kita merasa pelbagai lagi ujian dan kesengsaraan.

Aku juga insan biasa, terkadang-kala aku juga seperti mahu berputus-asa dengan ujian hidup ini, akan tetapi aku terkenang akan nasib-nasib insan atau remaja yang seusiaku yang kehidupannya lebih teruk dariku. Sepatutnya, aku bersyukur kerana amat sedikit ujian yang aku terima berbanding remaja Islam lain di dunia ini. Aku menjadi bersemangat kembali mengenangkan betapa bertuahnya aku hidup di muka bumi ini. Aku masih ada lagi ibu ayah, sahabat-sahabat, keluarga dan negara serta rumah untuk berteduh, bagaimana pula sekiranya aku meletakkan diriku dengan remaja di Palestin, berdepan dengan ancaman ketakutan setiap masa, sehinggakan ingin beribadat pun dalam keadaan yang tidak selesa.

Ahad, 18 Disember 2011

Ujian penghapus dosa

Lama rasanya sudah tak up date blog, macam-macam perkongsian yang ingin dikongsikan. Kehidupan merupakan satu ujian yang terhebat bagi seorang manusia. Semakin seorang insan mendekati kebaikan, semakinlah banyak ujian yang bakal menanti seperti dalam firman Allah dalam surah Al-Ankabut:

 "Apakah kamu mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan bahawa aku telah beriman," dan sedangkan mereka tidak diuji? Dan sessungguhnya, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka pasti Allah mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang berdusta. 
Surah Al-Ankabut:2-3

Setiap manusia pasti akan menerima segala ujian, tetapi ujian yang terberat adalah ujian hati. Bukanlah ujian hati itu tertakluk kepada percintaan semta-mata, tapi ujian hati juga terjadi apabila kita mengalami percintaan, kegembiraan, kekecewaaan, kesedihan, dan pelbagi lagi ujian hati. Namun pernahkah kita sedar bahawa setiap ujian dan permasalahan kadang-kala merubah kita menjadi insan yang lebih baik? Mungkin sahaja kita tidak sedar akan hakitat itu. Sentiasalah yakin akan Allah kerana setiap ujian yang menimpa tidak lain hanyalah untuk menjadikan kita kuat dan menjadi manusia yang lebih baik dari sebelum itu..

Isnin, 28 November 2011

Umar Al-Khatab Benci Pembaziran

Sudah lama rasanya tidak menulis blog kembali. Malu rasanya tarkala, orang lain sibuk dengan kehidupan masing-masing tapi masih mampu untuk menulis blog untuk berkongsi ilmu dan bahan bacaan yang ada. Kali ini, aku nak sharelah sikit pasal cerita yang aku baca. Tajuknya " Umar Al-Khatab Benci Pembaziran".


Pada zaman Amirul Mukminin Saidina Umar Al-Khatab, telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenajung Tanah Arab. Kejadian ini telah berlaku selama sembilan bulan dan Saidina Umar Al-Khatab telah bersusah payah mengatasi kesusahan rakyat sehinggakan Ibn al-Tabari meriwayatkan bahawa pada tahun berkenan Saidina Umar Al-Khatab tidak makan makanan lemak haiwan, susu dan dan daging sehinggakan orang ramai dapat memakannya.

Barangan makanan di pasar telah berkurang sehinggakan pada suatu hari pekerjanya dapat membelikannya lemak dan susu, namun dengan harga yang yang agak tinggi. Saidina Umar tidak ingin memakannya bahkan berkata "Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal. Sedekahkanlah kedua-duanya. Aku benci pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenai aku napa yang mengenai mereka." ( Al-Tabrani, 2/358, Beirut: Daral-Fikr)

Ada juga dikata pada suatu hari dalam tahun berkenan, disembelih unta lalu dimasak dan diberikan kepada kepada orang ramai. Lalu dicedok itu bahagian belakang unta dan hatinya, lalu Saidina Umar bertanya, "Dari mana diperoleh ini?".

"Daripada unta yang kita sembelih hari ini".

Sabtu, 5 November 2011

7 GOLONGAN YANG DILINDUNGI ALLAH..

Hadis Sahih Bukhari, Daripada Abu Hurairah ra, dari Nabi Muhammad SAW, baginda bersabda:
Tujuh golongan dilindungi Allah SWT di bawah lindungan-Nya pada hari yang tidak ada lindungan-Nya:

1. Imam (pemimpin) yang adil.
2. Pemuda yang hidup dalam beribadat kepada Allah.
3. Orang Yang mengingati Allah ketika sendirian.
4.Orang yang hatinya tergantung kepada masjid.
5. Dua orng berkasih sayang kepada Allah semata-mata.
6. Lelaki yang digoda oleh perempuan cantik, tetapi dia mengatakan "aku takutkan Allah".
7.Orang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kirinya tidak tahu apa yang dibuat oleh tangan kanannya.

Khamis, 3 November 2011

Puisi: Bukan aku yang cipta..

Kali ni, aku sje je nk share satu puisi ni dr sebuah blog.. Aku rasa best pula puisi ni, so jom layan!

Tajuknya: Titipan untuk wanita.

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yang akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..