Ahad, 30 Oktober 2011

Bidadari..

Hari ini aku membaca sebuah entry menegenai bidadari. Terigat pula kata-kata seorang sahabat menegenai bidadari ini. Katanya " Jadilah wanita yang dicemburui bidadari syurga". Aku tertanya-tanya, bagaimana hendak menjadi wanita yang dicemburui bidadari syurga ini. Sahabatku ada berkata lagi, wanita yang dicemburi bidadari syurga ini adalah wanita yang solehah. Bagi mendapatkan kepuasan persoalan yang bermain difikiran aku ini, aku mencari jawapannya, ini yang aku perolehi..

bidadari syurga

Syahdu dan terharu pun ada.
p/s: Doaku semoga aku juga menjadi wanita yang dicemburi bidadari syurgawi.. Amin..

Jumaat, 28 Oktober 2011

Manusia biasa..

Tiada manusia yang sempurna di dalam hidup ini.
Manusia yang terbaik adalah seorang yang:
=memberi dan menerima
=memberi pendapat dan menerima pendapat
=menyayangi dan disayangi
=mencintai dan dicintai
=mendoakan dan didoakan
=mengkritik dan dikritik
=menasihati dan dinasihati
=mendidik dan dididik
=mengajar dan diajar
=mentarbiah dan ditarbiah
=menyusun atur dan disusun atur
=memimpin dan dipimpin

Didalam dunia ini ada sahaja kita yang memulakan dahulu dan ada sahaja orang lain yang memulakan dahulu.
Setiap perkara ada yang membuat dan ada pula yang dibuat. Pernahkah kita terpikir, dalam setiap perkara itu, hanya satu sahaja yang memang tiada iaitu menyembah tapi bukan disembah. Kita hanya menyembah Allah yang Esa tapi kita tidak disembah. Oleh itu, janganlah kita menjadi manusia yang salah menyembah, contohnya menyembah berhala dan anak lembu serta janganlah kita pula yang disembah seperti Firaun di zaman nabi Musa. Ingatlah kita hanyalah manusia biasa..
Sedikit perkongsian dan sekadar renungan bersama..

~Nukilan Eliya Jahari~

Khamis, 27 Oktober 2011

Cake oren!

Hari nie, aku dan ibuku membuat kek bersama. Kek Oren, resepi lama yang telah hampir berkubur dalam buku ibuku yang usang. Sebuah buku resepi yang disimpannya semenjak di bangku sekolah lagi. Rasenya, biasa2 je tapi cukup membuatkan ibuku tersenyum dengan melihat gelagatku semasa membuat kek. Macam2 aku buat. Dari asalnya berniat mahu gunakan mixer je akhirnya  bertukar ke manual pulak.. Tanganlah jadi mangsa.. Penat menguli kek oren tu. Tapi akhirnya berhasil juga kek oren tu.. =)











Inilah rupa kek oren tu.. 

Rabu, 26 Oktober 2011

insan bernama wanita

"Wanita solehah sesejuk mata memandang."

Aku selalu mendengar prasa itu disebut. Memang betullah prasa tersebut diwujudkan. Perkenalan dengan seorang sahabat baru-baru ini telah menjadikan aku mengiakan kenyataan tersebut. Orangnya tidaklah sesejelita mana, bukanlah ingin mengutuk atau mencaci tetapi aku sungguh tertarik apabila memandang majahnya, sungguh menenangkan, sestenang mata memandang. Pakaiannya, pertuturannya, akhlaknya, sungguh membuatkan diriku ingin menjadi sepertinya. Sekali aku memandang wajahnya, seperti segala masalah aku terbang dan hilang sudah.. Wajahnya seperti bercahaya, sungguh indah. SubhanaAllah.. Hebatnya wajah-wajah insan2 yang bermunajat kepada Allah.. Sungguh menenangkan..




Semoga aku menjadi insan2 terpilih seperti itu. AMIN...

*kata-kata hikmah dari sebuah blog*
+Sungguh rugi orang yang memiliki rupa yang cantik namun tidak menghiasi kecantikannya dengan iman. 

+Sungguh rugi orang yang diciptakan dengan rupa yang tampan, namun tidak pernah membasuh mukanya dengan air mata taubat.

+Rugilah orang membeli neraka dengan kenikmatan sesaat di dunia yang sementara.   Kenikmatan yang ditawarkan hawa nafsu  akan berakhir dengan segera, sementara azab neraka tidak akan berakhir selama-lamanya.

Sabtu, 22 Oktober 2011

Tunjukkan aku jalan..

Kadang-kala aku bertanya2 kepada diri, kenapa kadang-kala Allah turunkan hujan, sedangkan kita tak minta, rupa2nya Allah nak beri pelangi.. Mcm hidup aku juga, kadang-kala aku tak dapat apa yang aku minta, Allah pula bagi ujian, rupa2nya Allah nak beri yang lebih baik. Jadilah kita orang2 yang redha terhadap ketentuannya, sesungguhnya tiada yang rugi pun.. Kadang-kala aku juga menemui jalan buntu untuk mencari jawapan setiap persolanku tetapi akhirnya, setiap persoalanku akhirnya terjawab jua. Sebagai manusia kita jangan mudah berputus-asa dengan ujian hidup ini. =)

Sedikit luahan rasa dari insan biasa, Eliya Jahari..=)

Jumaat, 14 Oktober 2011

my beloved home..

Lega rasenya dpt pulang ke rumah akhirnya. Walaupun sudah hampir seminggu berada di rumah, bagaikan baru semalam pulang ke rumah. Bahgianya dapat melihat kembali wajah ibunda dan ayahanda yang tersayang.
Bagaikan segala rindu terubat apabila kepulangan ku disambut dengan senyuman..

Ibuku, Puan Norizah Abu Bakar dan ayahku, Encik Jahari Jurimi merupakan orang2 yang paling berjasa dalam hidupku.. Selamanya tidak akan dapatku balas jasa mereka berdua. Kerana tingginya jasa ibu bapa terhadap kita sebagai anak2, hinggakan terdapatlah pepatah melayu yang menyatakan :

"Kasih ayah sepanjang hayat, kasih ibu membawa ke syurga."

Betapa besarnya pengorbanan mereka terhadap kita. Hargailah mereka sementara mereka masih ada. (Ingatan kapada diri ini juga). Merekalah di antara insan2 yang patut kita hormati, dalam firman Allah juga banyak merakamkan kewajipan kita untuk menghormati ibu dan ayah kita.

Ini dirakamkan dalam salah satu ayat kesukaanku, firman Allah yang bermaksud:

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kapada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Ku lah kembalimu."
(Surah Luqman:14)

Oleh itu, menghormati ibu bapa adalah kewajipan setiap anak selagi mana setiap perintah ibu bapa itu tu tidak melanggar hukum, syariat dan perintah Allah.
Semoga kita semua tergolong dalam kalangan anak-anak yang soleh dan solehah.=)

Isnin, 10 Oktober 2011

aku mencari diriku...

Aku manusia biasa yang kadang-kala tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa. kadang-kala aku juga masih hanyut dengan nikmatnya dunia namun aku masih lagi ingat di mana asal-usulku dan tujuan aku dihidupkan di muka bumi ini..

Aku dulunya seorang gadis yang tiada bezanya dari kebanyakan gadis, berseluar jeans, ber t-shirt biasa dan bertudung bawal. Tetapi kini aku bersyukur kepada Allah yang telah menunjukkan jalan yang sebenarnya untuk aku ikuti. Aku bukan lah ingin digelarkan alim, warak atau segala macam perkataan lagi kerana aku telah berubah ke arah yang lebih baik dengan bertudung labuh.

Memang benar, tudung labuh bukanlah pengukur keimanan seseorang namun dengan tudung labuhkulah aku mencari keredhaan Allah. Aku belajar menjadi lebih malu untuk menjadi dan kembali seperti dulu.

Dahulunya aku selalu tertanya-tanya dan berteka teki sendiri, mengapa mesti ada yang bertudung labuh? tidak panaskah dieorang? Kalau tak bertudung labuh, tidak baikkah kami?
pelbagai persoalan lagi yang timbul di benak fikiran. Namun apabila diri sendiri sudah merasai, betapa nikmatnya bertudung labuh, timbul satu perasaan aman, selamat dan terpelihara. 

Sesunggunya  Al-Quran dan As-Sunnah itu panduan bagi manusia. Benarlah apa yang tertulis dalam Al-Quran, dalam firman Allah yang bermaksud:


"...Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya..."  
(An-Nur:31)  


Sungguh menenangkan apabila hidup berpandukan syariat. Aku masih lagi manusia yang belajar unutk menjadi lebih baik, walaupun aku tak sempurna, namun aku pasti, setiap orang masih lagai ada peluang untuk berubah ke arah yang lebih baik.. 


Sekian, coretan hati seorang hamba yang mencari dirinya sendiri..