Rabu, 29 Ogos 2012

Puasa enam

Assalamualaikum... lama dah rasanya aku tak update blog nie...

Sempena bulan syawal yang mulia ini, aku rasa tak terlambat lagi sekiranya ku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin.

Semoga segala amalan kita sepanjang bulan Ramadhan lepas diterima Allah..
Erm, tarbiyah yang kita terima sepanjang Ramdhan, tak sepatutnya terhenti di situ, sempena  syawal yang masih ada ni, aku nk lah ajak korang berpuasa enam.

Korang tahu tak puasa enam itu apa? puasa yang dikerjakan selama enam hari di bulan Syawal.
Nak tahu kelebihannya apa? mai sini tgok kata-kata kt bawah nie...

Paham tak ayat hadis kt atas nie?
Kalau tak paham gak, tgok lagi satu kt bawah nie, mungkin lebih mudah difahami =)



Tgok,  lebih senang nak paham kan?


Pape pun, aku nak ucapakan selamat meneruskan perjuangan... Perjuangan puasa enam, perjuangan menentang hawa nafsu ( maklumlah bukan bulan puasa, orang sebelah makan je, takut2lah tak tahan godaan, kang terbuka puasa pulak, hehe) dan yang terakhir, perjuangan naik ke kampus selepas seminggu cuti raya.


Rabu, 8 Februari 2012

Tempat kedua pertandingan menulis carpen Dinamis...


Mentari bersinar di lubuk hati

“Assalamualaikum Cik, tumpang tanya, ke mana arah jalan ke masjid?”  Tanya sorang wanita bertudung labuh kepada sorang gadis muda di perhentian bus berhampiran dengan rumahku.
Kelihatannya wanita tersebut seperti orang baru di situ. Mungkin juga dia seorang musafir yang mahu ke rumah saudara. Aku teringat kembali kepada masa silamku.
“Emiey bangun! Solat subuh, berapa banyak kali aku nak kejut kau solat subuh ni?” Kata Ashraf, rakan serumahku yang berusaha membangkitkan aku dari lena yang panjang. “ Kau ni bisinglah, macamlah kau ni mak aku. Mak aku pun tak bising-bising suruh aku solat. Kau siapa?” Bentakku kepadanya.
“Terpulang kaulah Emiey, sampai bila engkau nak hidup dalam keadaan macam ni?” Kata Ashraf. “Pergi pagi, balik malam, balik-balik saja mabuk. Aku dah tak tahan dengan hidup kau ni. Cubalah berubah. Ingatlah Allah.” Sambungnya lagi.
Kata-katanya bagaikan jarum menusuk jantungku tapi ada benarnya juga apa yang diperkatakannya.
“Encik-encik mahu naik bus atau tidak?” Lamunanku terhenti di situ apabila pemandu bus menegurku.
Kelihatan bus hari ini penuh dengan penumpang, tidak seperti kebiasaannya. Aku bagaikan sesak nafas dengan bus yang sarat dengan penumpang itu. Sungguh tidak menyelesakan.
“Chilllah bro, hari masih siang lagi, baru pukul berapa?” Kata Amir yang tidak mahu melepaskanku pulang lebih awal. “ Dahlah bro, aku penatlah. Nanti housemate aku bisinglah kalau aku balik lambat lagi”.  Kataku kepadanya. Aku sepatutnya bersyukur, tidak sepatutnya aku merasa sesak berasak di dalam bus, sedangkan suatu masa dahulu aku sanggup bersesak dan berasak-asak di kelab-kelab malam hanya untuk

Jumaat, 27 Januari 2012

Senyum kembali

Tajuk blog aku kali ini, sungguh tiada kena mengena dengan kisah yang aku bakal nak cerita.
Seindah hari ini, seindah juga kehidupan kita sebagai manusia. Ada pelbagai cerita menarik dalam hidup ini, adakalanya kita menangis, adakalanya kita ketawa dan ada kalanya kita rasa seperti hendak berputus-asa terhadap segala yang menimpa kita. Tapi itulah nikmat kehidupan yang sebenar. Hidup tanpa ujian pun tidak menarik dan hidup tanpa kegembiraan juga tidak menarik. bersyukurlah kita kerana kita masih lagi diberi nikmat kehidupan yang baik sedangkan insan lain, yang tidak berada di tempat kita merasa pelbagai lagi ujian dan kesengsaraan.

Aku juga insan biasa, terkadang-kala aku juga seperti mahu berputus-asa dengan ujian hidup ini, akan tetapi aku terkenang akan nasib-nasib insan atau remaja yang seusiaku yang kehidupannya lebih teruk dariku. Sepatutnya, aku bersyukur kerana amat sedikit ujian yang aku terima berbanding remaja Islam lain di dunia ini. Aku menjadi bersemangat kembali mengenangkan betapa bertuahnya aku hidup di muka bumi ini. Aku masih ada lagi ibu ayah, sahabat-sahabat, keluarga dan negara serta rumah untuk berteduh, bagaimana pula sekiranya aku meletakkan diriku dengan remaja di Palestin, berdepan dengan ancaman ketakutan setiap masa, sehinggakan ingin beribadat pun dalam keadaan yang tidak selesa.