Mentari bersinar di lubuk hati
“Assalamualaikum Cik, tumpang tanya, ke mana arah jalan ke masjid?” Tanya sorang wanita bertudung labuh kepada sorang gadis muda di perhentian bus berhampiran dengan rumahku.
Kelihatannya wanita tersebut seperti orang baru di situ. Mungkin juga dia seorang musafir yang mahu ke rumah saudara. Aku teringat kembali kepada masa silamku.
“Emiey bangun! Solat subuh, berapa banyak kali aku nak kejut kau solat subuh ni?” Kata Ashraf, rakan serumahku yang berusaha membangkitkan aku dari lena yang panjang. “ Kau ni bisinglah, macamlah kau ni mak aku. Mak aku pun tak bising-bising suruh aku solat. Kau siapa?” Bentakku kepadanya.
“Terpulang kaulah Emiey, sampai bila engkau nak hidup dalam keadaan macam ni?” Kata Ashraf. “Pergi pagi, balik malam, balik-balik saja mabuk. Aku dah tak tahan dengan hidup kau ni. Cubalah berubah. Ingatlah Allah.” Sambungnya lagi.
Kata-katanya bagaikan jarum menusuk jantungku tapi ada benarnya juga apa yang diperkatakannya.
“Encik-encik mahu naik bus atau tidak?” Lamunanku terhenti di situ apabila pemandu bus menegurku.
Kelihatan bus hari ini penuh dengan penumpang, tidak seperti kebiasaannya. Aku bagaikan sesak nafas dengan bus yang sarat dengan penumpang itu. Sungguh tidak menyelesakan.
“Chilllah bro, hari masih siang lagi, baru pukul berapa?” Kata Amir yang tidak mahu melepaskanku pulang lebih awal. “ Dahlah bro, aku penatlah. Nanti housemate aku bisinglah kalau aku balik lambat lagi”. Kataku kepadanya. Aku sepatutnya bersyukur, tidak sepatutnya aku merasa sesak berasak di dalam bus, sedangkan suatu masa dahulu aku sanggup bersesak dan berasak-asak di kelab-kelab malam hanya untuk